Wednesday, February 17, 2010

Game Yang Membosankan

Perlawanan piala FA antara Kedah dan Kelantan yang berlangsung malam tadi di Stadium Darulaman berkesudahan seri tanpa jaringan. Walaupun pasukan tuan rumah, Kedah mendapat sokongan hampir 30 ribu peminat setia Hijau Kuning, pasukan tuan rumah gagal menggunakan kelebihan tersebut untuk mencatat keputusan yang membanggakan. Perlawanan tersebut juga boleh dikatakan amat membosankan di mana pemain kedua-dua pasukan gagal menunjukkan permainan yang mantap dan menghiburkan. Kelemahan para pemain dalam mengawal bola, membuat hantaran tepat, merancang serangan dan membuat serangan amatlah mengecewakan penonton yang hadir pada malam tersebut. Jika ini gambaran sebenar bola sepak negara, maka arena bola sepak kita tidak akan pergi jauh dan mampu bersaing dengan pasukan-pasukan utama dunia. Oleh itu, tidakan yang sewajarnya perlu diambil oleh FAM bagi mengembalikan maruah bola sepak negara.

Tuesday, February 16, 2010

Beckham vs Rooney

"Tujuh tahun selepas meninggalkan Manchester United, David Beckham berdepan pasukan yang menjadikan dirinya sebagai bintang global buat julung kali apabila AC Milan menerima kunjungan juara tiga kali itu dalam Liga Juara-Juara Eropah. Pemain tengah England itu, yang tidak pernah berdepan United sepanjang tempoh empat musim di Real Madrid meraih peluang terbabit melalui tempoh pinjaman bersama Milan dari Los Angeles Galaxy.
Milan melayan United, awal pagi esok apabila saingan Liga Juara-Juara bersambung selepas berehat dua bulan dengan lapan perlawanan pertama peringkat kalah mati berlangsung berasingan selama dua minggu."-Harian Metro (Selasa 16 Februari 2010)

Selain pertembungan yang penuh dramatik dan kembalinya Beckham ke Old Trafford selepas tujuh tahun, perlawanan tersebut sudah semestinya menemukan dua jagoan iaitu Beckham dan Rooney. Kedua-dua pemain tersebut sudah semestinya mendapat tumpuan utama dunia dan seterusnya cuba berusaha untuk melakar kejayaan kepada pasukan masing-masing.